MADU & DIABETES


MADU merupakan cecair semulajadi yang lazat dan manis. Madu juga dinilai sebagai "makanan istimewa" untuk kesihatan badan. Bahkan, ia juga dikaitkan dengan membantu kemampuan seksual seseorang. Menurut sumber, setiap 1.000 g madu bernilai 3.280 kalori. Nilai kalori 1 kg madu sama dengan 50 biji telur atau 5, 575 liter susu, atau 1, 680 kg daging.

Sejak dahulu, madu terkenal sebagai sumber pemakanan berkhasiat. Khasiat madu berkait dengan kandungan gulanya yang tinggi. Iaitu fruktosa 41%, glukosa 35%, dan sukrosa 1, 9%. Serta bahan kandungan lain, seperti nektar@tepung sari ditambah berbagai enzim pencernaan. Maka ada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, antibiotik, dan sbgnya.

Meskipun ia manis, kesan pada tubuh manusia terhadap madu yang manis itu berbeza dibandingkan dengan gula atau gula pasir. Madu dapat diproses secara terus menjadi glukogen, sedangkan gula diproses terlebih dulu oleh enzim pencernaan di usus.

Oleh yang demikian tubuh manusia akan lebih cepat merasai manfaat madu dibandingkan dengan gula pasir. Dari perkara tersebut, dapat disimpulkan bahawa madu memberikan manfaat yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Jadi, sebenarnya madu sesuai untuk pesakit kencing manis.

Semua jenis madu baik. Madu hitam, biasanya berasal dari nektar atau saribunga pohon mahoni. Madu hitam juga bisa menurunkan kadar gula dan menambah selera makan bagi anak-anak yang sukar makan. Namun, madu hitam ini rasanya pahit berbanding dengan madu warna lainnya.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh kadar gula darah yang tinggi melebihi paras normal. Penyakit ini disebabkan oleh kurangnya kadar insulin dalam darah, atau kerana tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh tubuh dan mempunyai fungsi penting dalam metabolisme glukosa.

Dalam bentuk asal, berbagai jenis gula tersebut memiliki nama masing-masing, seperti fruktosa (gula buah), galaktosa, glukosa, laktosa (gula susu), maltosa, ribosa, serta gula alkohol, seperti sorbitol dan xilitol. Di samping itu, bila dilihat dari sumbernya, maka gula boleh dibezakan, iaitu madu, sirup jagung dan molase. Molase merupakan sirup kental, lazimnya berwarna cokelat gelap yang dihasilkan selama penyaringan gula.

Semua gula pada asalnya sama. Tak terdapat satu pun yang memberikan keuntungan gizi signifikan melebihi yang lain, kecuali madu dan molase yang majoriti gulanya sudah dihilangkan/dikeluarkan. Molase kaya dengan zat besi, sedangkan madu sarat flavonoid, zat fitokimia yang berperanan sebagai antioksidan.

Sukrosa adalah gula utama dalam buah, seperti dalam buah limau, kismis, mangga, tembikai, nanas, pisang, dan nangka. Faktor kesihatan dari makan buah terletak pada kandungan vitamin, mineral, serat, dan flavonoidnya, bukan pada jenis gula yang dikandung oleh buah.

Ada perbezaan tahap kemanisan gula. Fruktosa lebih manis daripada jenis-jenis gula lain (hampir dua kali kemanisan sukrosa) sehingga diperlukan sedikit saja untuk membuat makanan terasa manis.

Tubuh memerlukan gula. Glukosa, yang merupakan gula utama dalam darah dan bahan bakar asas bagi tubuh, keperluan untuk seluruh sel berfungsi, terutama sel-sel otak.

Namun, kita tidak perlu makan gula untuk memasukkan glukosa. Apa yang diperlukan oleh tubuh adalah karbohidrat kompleks, juga dikenal sebagai zat pati, yang ditemui pada makanan-makanan yang berasal dari padi, sayuran dan buah. Pada beberapa keadaan, glukosa dapat dihasilkan dari pemecahan protein atau lemak.

Ketika mengambil makanan yang mengandungi gula, makanan itu akan dihancur ke dalam badan menjadi bentuk gula yang paling sederhana, kecuali gula dalam makanan tersebut telah berbentuk sangat sederhana.

Misalnya, sepanjang proses pencernaan, sukrosa ditukar menjadi glukosa dan fruktosa, yang memasuki aliran darah melalui dinding-dinding usus halus serta melintasi sel-sel tubuh dan hati. Dengan bantuan insulin, iaitu hormon pengawal kadar glukosa, sel-sel menyerap glukosa dan menggunakannya sebagai tenaga.

Glukosa disimpan di hati dan otot dalam bentuk glikogen. Glikogen di hati dapat ditukar menjadi glukosa pada saat tenaga diperlukan. Sebagian besar fruktosa diubah pula menjadi glukosa oleh hati. Hati juga dapat mengubah gula menjadi asam-asam amino-balok-balok pembangun protein. Kelebihan gula, sebagaimana halnya energi ekstra lainnya, diubah menjadi lemak dan disimpan di dalam tubuh.

Sel memerlukan insulin agar gula yang ada di dalam darah dapat masuk ke dalam sel dan diguna sebagai sumber tenaga. Bila jumlah insulin kurang, gula tidak dapat diserap ke dalam sel dan terus beredar di dalam darah. Akibatnya kadar gula darah menjadi tinggi. Pesakit yang mengalami keadaan ini disebut sebagai pesakit DM type I.

Ada keadaan lain di mana jumlah insulin sebenarnya cukup, atau berkurang sedikit, tapi sel-sel tubuh tidak dapat memanfaatkannya secara baik. Keadaan ini disebut resistensi insulin. Pesakit yang mengalami resistensi insulin dan atau defisiensi insulin relatif disebut sebagai pesakit DM type II.

Jadi, penyebabnya bukan karena kelebihan penggunaan gula. Gula memang amat berbahaya bagi pesakit diabetes. Mereka harus menghadkan pengambilan gula. Tetapi, gula tidak menyebabkan diabetes.

Tiada alasan kukuh untuk mengurangkan penggunaan gula, kecuali kalau Anda pesakit diabetes atau orang yang sensitif terhadap karbohidrat. Pesakit diabetes pun masih dibolehkan makan makanan yang manis. Namun, menghindari penggunaan gula terlalu banyak adalah lebih baik.

Gula secara semulajadi diperolehi daripada buah-buahan, sayur-sayuran, dan produk susu. Idealnya, gula memberikan sumbangan tidak melebihi 15 peratus dari total energi per hari. Walaupun begitu, perlu diingat bahwa sebagian besar makanan manis mengandungi lemak dan energi yang tinggi, tetapi zat gizinya relatif rendah.

Kerana itu, ada baiknya melakukan pola makanan seimbang, yakni rendah lemak dan tinggi karbohidrat, tak ada alasan menjauhi gula. Dengan pola makan seimbang, Anda secara automatik akan mengurangkan penggunaan gula.

No comments:

INSULIN > GLUKOS > RECEPTOR > SEL

Photobucket