RISIKO & KOMPLIKASI KRONIK

Jika kencing manis tidak dirawat segera, dalam jangka panjang akan menimbulkan pelagai komplikasi akibat gangguan pembuluh darah.

Gangguan yang biasa terjadi adalah pada pembuluh darah otak (stroke), pembuluh darah mata (gangguan penglihatan), pembuluh darah jantung (penyakit jantung koroner), pembuluh darah ginjal (mslh buah pinggang), serta pembuluh darah kaki (luka yang sukar sembuh/gangren). 
  1. Kardiopati diabetic
    Kardiopati diabetic adalah gangguan jantung akibat diabetes. Glukosa darah yang tinggi dalam jangka waktu panjang akan meningkatkan kadar kolesterol dan trigliserida darah. Lama-kelamaan akan terjadi aterosklerosis atau pembuluh darah semakin sempit.
    Penyempitan pembuluh darah koroner menyebabkan infark jantung (salur darah tersumbat) dengan gejala antara lain sakit dada. Diabetes juga berisiko merosakkan sistem saraf, kesakitan tersebut kadang-kadang tidak terasa. Serangan yang tidak terasa ini disebut silent infraction atau silent heart attack.

    Kematian akibat sakit jantung dan pembuluh darah pada pesakit diabetes kira-kira dua hingga tiga kali ganda lebih besar berbanding pesakit bukan diabetes.

    Pengendalian kadar gula dalam darah belum cukup untuk mencegah gangguan jantung pada pesakit diabetes. Diharapkan pesakit mengawal semua faktor secara bersama-sama untuk mendapatkan hasil yang optimal.

    "Tekanan darah perlu diturunkan secara agresif di bawah 130/80 mmHg, trigliserida di bawah 150 mg/dl, LDL (kolesterol buruk) kurang dari 100 mg/dl, HDL (kolesterol baik) di atas 40 mg/dl. Bacaan Ini memberikan perlindungan lebih baik pada jantung,"

     
  2. Gangren dan impotence
    Pesakit diabetes yang kadar glukosnya tidak terkawal menyebabkan imunnya menurun. Pesakit terdedah terhadap jangkitan, seperti jangkitan saluran kencing, jangkitan paru serta jangkitan kaki.

    Banyak faktor yang menyebabkan kaki pesakit diabetes mudah terkena jangkitan contohnya, terkena knalpot, lecet akibat kasut ketat, luka kecil semasa memotong kuku, tapak kaki yang terlalu panas. Jangkitan kaki mudah terkena pada pesakit diabetes kronik dan dikenali sebagai gangren atau ulkus.

    Jika dibiarkan, jangkitan akan mengakibatkan pembusukan pada bahagian luka kerana tidak terdapat aliran darah. Puncanya, pembuluh darah pesakit diabetes tersumbat atau menyempit. Jika luka membusuk, bahagian yang dijangkiti terpaksa dipotong.

    Pesakit diabetes yang terkena gangren perlu dipantau gula darahnya serta diberi antibiotik. Untuk mencegah gangren, pesakit diabetes perlu mendapat  maklumat mengenai kaedah memotong kuku serta cara memilih kasut.

    Impotencei juga menjadi igauan buruk bagi pesakit diabetes. Impotence disebabkan pembuluh darah mengalami kebocoran sehingga penis tidak mampu berereksi. Impotence pada pesakit diabetes juga boleh disebabkan oleh faktor psikologis atau gabungan organis dan psikologis. Jika masih awal, kurang dari enam bulan, impotence masih boleh disembuhkan.

     
  3. Nefropati diabetic
    Nefropati diabetic adalah gangguan fungsi ginjal akibat kebocoran selaput penapis darah. Sebagaimana sedia maklum, ginjal terdiri dari jutaan unit penapis (glomerulus). Setiap unit penapis memiliki membran/selaput penapis. Kadar gula darah tinggi secara perlahan akan merosak selaput penapis ini.

    Gula yang tinggi dalam darah akan bertindakbalas dengan protein sehingga mengubah struktur dan fungsi sel, termasuk membran basal glomerulus. Akibatnya, penghalang protein rosak dan berlaku kebocoran protein ke urin (albuminuria). Hal ini memberi kesan buruk pada ginjal.

    Tahap mikroalbuminuria dikesan dengan keluarnya 30 mg albumin dalam urin selama 24 jam. Jika diabaikan, keadaan ini akan berlanjut terus sampai tahap gagal ginjal terminal. Disebabkan itu, pesakit diabetes perlu diperiksa kadar mikroalbuminurianya setiap tahun.

    Pesakit diabetes type 1 secara bertahap akan sampai pada keadaan nefropati diabetic atau gangguan ginjal akibat diabetes. Kira-kira 5 - 15 peratus diabetes type 2 juga berisiko mengalami masalah ini.

    Gangguan ginjal, menyebabkan fungsi ekskresi, filtrasi dan hormon ginjal terganggu. Akibatnya menganggu pengeluaran zat-zat racun melalui urin, zat racun terkumpul di tubuh. Tubuh membengkak dan timbul risiko kematian. Ginjal juga menghasilkan hormon eritropoetin yang berfungsi mematangkan sel darah merah. Gangguan pada ginjal menyebabkan pesakit mengalami anemia.

    Rawatan melalui kawalan tekanan darah. Tindakan ini dianggap paling penting untuk melindungi fungsi ginjal. Biasanya menggunakan angiotensin converting enzyme (ACE inhibitors) dan atau angiotensin receptor blocker (ARBs). ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.

    Pesakit yang telah sampai tahap rosak ginjal memerlukan hemodialisis atau transplantasi ginjal. Gejala nefropati diabetes dapat dilihat sewaktu kerosakan ginjal telah parah berupa bengkak pada kaki dan wajah, mual, muntah, lesu, sakit kepala, gatal, sering cegukan, mengalami penurunan berat badan. Pesakit nefropati harus mengelak zat yang menyebabkan kerosakan ginjal, misalnya pewarna kontras yang digunakan untuk rontgen, ubat anti-inflamasi nonsteroid serta ubat-ubatan yang belum diketahui kesan sampingnya.  


  4. Retinopati diabetik

    Diabetes juga dapat menimbulkan gangguan pada mata. Yang terutama adalah retinopati diabetik. Keadaan ini, disebabkan rosaknya pembuluh darah yang memberi makan retina.

    Bentuk kerosakan boleh bocor dan keluar cairan atau darah yang membuat retina bengkak atau timbul endapan lemak yang disebut eksudat. Selain itu terjadi cabang-cabang abnormal pembuluh darah yang rapuh menerjang kawasan yang sehat.

    Retina adalah bahagian mata tempat cahaya difokuskan setelah melalui lensa mata. Cahaya yang difokuskan akan membentuk bayangan yang akan dibawa ke otak oleh saraf optik.

    Bila pembuluh darah mata bocor atau terbentuk jaringan parut di retina, bayangan yang dikirim ke otak menjadi kabur. Gangguan penglihatan makin berat jika cairan yang bocor mengumpul di fovea, pusat retina yang menjalankan fungsi penglihatan sentral. Akibatnya, penglihatan kabur saat membaca, melihat objek yang dekat serta objek yang lurus di depan mata.

    Pembuluh darah yang rapuh boleh pecah, sehingga darah mengaburkan vitreus, materi jernih seperti agar-agar yang mengisi bagian tengah mata. Hal ini menyebabkan cahaya yang menembus lensa terhalang dan tidak sampai ke retina atau mengalami distorsi. Jaringan parut yang terbentuk dari pembuluh darah yang pecah di korpus vitreum dapat mengerut dan menarik retina, sehingga retina lepas dari bagian belakang mata. Pembuluh darah bisa muncul di iris (selaput pelangi mata) menyebabkan glaukoma.

    Risiko terjadinya retinopati diabetic cukup tinggi. Sekitar 60 peratus orang yang menderita diabetes 15 tahun atau lebih mengalami kerosakan pembuluh darah pada mata.

    Pemeriksaan dilakukan dengan oftalmoskop serta angiografi fluoresen iaitu foto rontgen mata menggunakan zat fluoresen untuk mengetahui kebocoran pembuluh darah.

    Perubatan dilakukan dengan bedah laser oftalmologi. Iaitu, penggunaan sinar laser untuk menutup pembuluh darah yang bocor, sehingga tidak terbentuk pembuluh darah abnormal yang rapuh. Selain itu boleh dilakukan vitrektomi iaitu tindakan mengeluarkan vitreus yang dipenuhi darah dan menggantinya dengan cairan jernih.

    Pesakit retinopati hanya boleh bersukan ringan dan perlu mengelak gerakan membongkok sampai kepala di bawah.

No comments:

INSULIN > GLUKOS > RECEPTOR > SEL

Photobucket