DARAH & HEMOGLOBIN

Pernahkah anda terfikir bagaimana darah di dalam badan kita dihasilkan?

Setiap sel darah terhasil dari ‘sel induk/sel ibu’ yang terdapat di dalam sum-sum tulang. Di sinilah proses penghasilan sel darah bermula. ‘Sel induk/sel ibu’ ini berkembang dan akan menjadi sama ada sel darah merah, sel darah putih atau sel pembekuan (platlet). Dalam setiap badan orang dewasa, 3 jenis sel darah ini terhasil di dalam sum-sum tulang. Sum-sum tulang adalah bahagian berongga yang terdapat pada tulang seperti tulang tengkorak, tulang sternum (dada), tulang rusuk, tulang pinggul dan tulang peha.

Sel darah merah (eritrosit) memainkan peranan yang sangat penting di dalam badan kita. Sel-sel ini berperanan membawa oksigen dan membawa keluar bahan buangan dari badan. Setitik sel darah mengandungi berjuta-juta sel darah merah. Sel darah merah adalah sel yang berbentuk piring yang melengkung di kedua-dua sisinya. Bentuknya seperti donut yang kecil apabila dilihat di bawah mikroskop. Saiznya yang kecil mampu membuatnya mudah melalui saluran darah yang kecil, mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

Sel darah merah berwarna sedemikian kerana ianya mengandungi sejenis protein yang dipanggil hemoglobin. Hemoglobin ini berwarna merah terang. Sel darah merah akan mati pada sesuatu jangka hayat. Secara purata, jangka hayatnya adalah selama 120 hari. Sel darah merah sentiasa dihasilkan di dalam sum-sum tulang bagi menggantikan sel-sel yang lama. 

HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.


No comments:

INSULIN > GLUKOS > RECEPTOR > SEL

Photobucket